Bermula 17 Februari 2021 Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah mengemaskini sistem pengurusan rekod menerusi Digital Document Management System (DDMS).
Pelaksanaan ini telah merubah digit pertama sahaja daripada 10 digit terakhir ( contoh : 5010-09/2010 ) merujuk skim pensijilan yang dimohon tanpa melibatkan perubahan sembilan (9) digit berikutnya.
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dicetak mulai 17 Februari 2021 adalah menggunakan nombor rujukan baharu.
Pembahagian Kod Mengikut Skim Pensijilan :
✳️Produk :- 1️⃣
✳️Premis Makanan :- 2️⃣
✳️Kosmetik :- 3️⃣
✳️Logistik :- 4️⃣
✳️Farmaseutikal :- 5️⃣
✳️Barang Gunaan :- 6️⃣
✳️Rumah Sembelih :- 7️⃣
✳️OEM :- 8️⃣
✳️Peranti Perubatan :- 9️⃣
Sebagai pemegang SPHM, anda perlu tahu perkara-perkara berikut:-
▶️Tidak perlu memohon cetakan semula SPHM. SPHM sedia ada yang masih sah tempoh boleh digunakan sehingga tamat tempoh.
▶️Label pembungkusan sedia ada dengan nombor rujukan lama masih boleh digunakan sekiranya SPHM dengan nombor rujukan lama masih sah tempoh.
▶️Pemegang SPHM hendaklah memastikan label pembungkusan ditukar kepada nombor rujukan baharu mengikut kod DDMS setelah tiada lagi SPHM dengan nombor rujukan lama yang masih sah tempoh.
*️⃣Pemegang SPHM perlu peka perubahan maklumat MS dan nombor rujukan pada label pembungkusan produk setelah pelaksanaan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan DDMS.
*️⃣Skim Pensijilan bagi Produk dan Premis Makanan tidak terlibat dengan perubahan kod nombor rujukan pensijilan halal Malaysia.
📞☎️📧Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Seksyen Sijil, Cawangan Pengesahan Halal, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM melalui pautan berikut:-
https://drive.google.com/file/d/1TBkcs4aqBbDbIKI4AR1syJtcr27t0pKl/view
Terima kasih
"Yakini Halal Malaysia"
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
15 Ramadan 1442H
27 April 2021M
www.halal.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19
Sumber: Jakim

0 Comments