Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) kali ini
membuka permohonan kepada Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang bertujuan untuk menolong
golongan memerlukan ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan
pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses
pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap
penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Permohonan
Bantuan Kanak-Kanak dibuka khas kepada semua rakyat Malaysia yang melepasi
syarat yang ditetapkan.
Kadar
Bantuan Kanak-Kanak
i. RM200 seorang bagi
anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Kriteria
Kelayakan Khusus
1. Warganegara dan
bermastautin di Malaysia;
2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi
rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata
Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas
boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Cara
Membuat Permohonan BKK JKM 2021
Setelah membuat
pendaftaran secara online melalui pautan di atas, pemohon dikehendaki hadir ke
pejabat JKM berdekatan dalam tempoh 14 hari untuk melengkapkan dokumen supaya
dapat diproses oleh pihak JKM tersebut.
Kegagalan pemohon
untuk hadir ke pejabat JKM dalam tempoh tersebut, sistem akaun membatalkan
permohonan secara automatik.
Pemohon hendaklah
membawa dokumen tersebut ke pejabat JKM;
1. Salinan MyKad/ Kad
Pengenalan Pemohon;
2. Salinan MyKad /Kad
Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
3. Salinan Kad OKU/ slip
pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
4. Salinan penyata
pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
5. Salah satu Bil
Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
6. Laporan pegawai
perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak
bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
Untuk maklumat lanjut
berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu
pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.
Jabatan Kebajikan
Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000
8000
Faks : 03 – 8323 2045
0 Comments