![]() |
| Kredit:Myeidos.com |
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hari ini telah melancarkan satu aplikasi baharu untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat pembayaran saman secara online. Aplikasi tersebut telah berjaya dirasmi pelancaranya oleh ketua polis negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman. PDRM perkenal aplikasi MyBayar Saman seterusnya menjadikan JSPT terus melangkah ke hadapan dalam inovasi pengurusan saman.
Menurut JSPT, aplikasi tersebut dilancar bagi memenugi kehendak
dan trend semasa masyarakat yang lebih suka menggunakan sistem pembayaran
online di telefon bimbit. Menurut data, sebanyak 5.37 juta saman sejak 2016
hingga 2020 telah dicatatkan dan pembayar saman melalui online menunjukkan
trend peningkatan kepada 46.7% pada 2020 berbanding hanya 18.5% pada tahun
2019.
Data ini seterusnya menunjukkan keperluan jabatan tersebut
untuk membangunkan aplikasi agar dapat memenuhi kehendak pengguna online. Ia
juga bertujuan untuk membudayakan norma baharu yang mana pengguna tidak lagi
perlu hadir ke jabatan trafik yang terdedah kepada pelanggaran SOP.
![]() |
| Kredit: paultan.org |
Muat turun aplikasi (panduan) sekarang untuk mendapatkan peluang diskaun sebanyak 50% bermula 25 Mac hingga 11 April 2021.
PDRM perkenal aplikasi bayar saman yang telah dilancarkan
dan pengguna yang masih mempunyai saman di bahagian trafik berpeluang mendapat
diskaun sebanyak 50% sehingga 11 April 2021.
Sumber: Myeidos.com


0 Comments