Ad Code

Responsive Advertisement

PENJELASAN ISU PENYALAHGUNAAN SIJIL HALAL SYARIKAT KEWANGAN.

Pihak JAKIM mula menerima pertanyaan berkenaan isu sijil halal yang didakwa diberi kepada sebuah syarikat berkaitan kewangan seterusnya menimbulkan keraguan dan salah faham dalam kalangan pengguna di luar sana. 

Untuk makluman, isu yang hampir sama ini pernah dijawab oleh pihak JAKIM melibatkan nama syarikat berbeza pada 18 Mei 2020 dan 09 Februari 2021 lalu melalui pautan:-


1️⃣Penjelasan Isu Status Badan Pensijilan Halal I-TradeGlobalGroup

http://bit.ly/SijilHalalCBPalsu


2️⃣ Penjelasan Isu Status Halal Produk Kewangan

http://bit.ly/IsuSijilHalalForex


Perlu diketahui bahawa semua sijil pengesahan halal berkenaan adalah PALSU kerana JAKIM tidak pernah menawarkan skim pensijilan halal bagi produk kewangan dan tidak memberi pengiktirafan sebagai Badan Pensijilan Halal Luar Negara kepada syarikat-syarikat.


Justeru, pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada dalam menerima sebarang info yang tidak diketahui status kesahihannya dengan merujuk terlebih dahulu kepada pihak berautoriti agar tidak menjadi mangsa penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan penyalahgunaan SPHM, pengguna bolehlah mengemukakan aduan yang lengkap kepada JAKIM. 


Berikut disertakan pautan panduan bagi mengisi aduan:-


bit.ly/PanduanMengisiAduan

 

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di  www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi  telefon pintar SmartHalal 

http://www.smarthalal.com.my/faq.html


Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal dan muat turun senarai penuh logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di 

http://bit.ly/DownloadPDFLogoHalalLuarNegara


Terima kasih.


"Yakini Halal Malaysia"


Seksyen Komunikasi Korporat, 

Bahagian Pengurusan Halal, 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my

☎ 03-8892 5000/1

10 Syaaban 1442H

24 Mac 2021M


Sumber: Jakim

Post a Comment

0 Comments