1️⃣ Produk tempatan:-
Utamakan & beli produk yang mempunyai logo halal Malaysia.
Ketahui status halal produk melalui direktori halal Malaysia www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal http://www.smarthalal.com.my/faq.html
2️⃣ Produk import:-
Utamakan & beli produk yang mempunyai Logo Halal Luar Negara yang Diiktiraf oleh JAKIM.
Ketahui logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di http://bit.ly/DownloadPDFLogoHalalLuarNegara
3️⃣ Isu Halal Menular:-
Sabar sebelum sebar. Kini, anda boleh menyemak penjelasan terkini berkaitan isu-isu halal yang menular di media sosial melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal http://www.smarthalal.com.my/. Boleh sebarkannya kepada ahli keluarga, sahabat handai dan semuanya. 😊
4️⃣ Produk tiada logo halal:-
Bukan bermaksud tidak halal. Namun semak dan baca dengan teliti maklumat kandungan bahan ramuan yang dicetak pada label produk tersebut. Jika berpuas hati dan yakin baru beli. Jika ragu-ragu, meninggalkannya adalah lebih baik.
Rujuk penjelasan lanjut berkaitan "Merungkai Kekeliruan, Meningkatkan Kefahaman" di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.742651382560804/746713825487893/?type=3&source=54&ref=page_internal
"Yakini Halal Malaysia"
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
☎️03-88925000/5001
📧pr_halal@islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19
Sumber: JAKIM

0 Comments